Archive

Test
 
Saturday, 4 February 2012

MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM

0 comments

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

UMNO adalah sebuah parti islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label islam dalam membela dan merancang pembangunan umat islam dan negara ini. UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan FELDA.
Dalam islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat islam dengan membuka tanah rancangan FELDA dan adakah ini bukan tuntutan islam?
Kerajaan Barisan Nasional ( BN ), pimpinan UMNO membangunkan negara ini bagi melahirkan umat islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.
Kita tidak perlu label “ Membangun Bersama Islam “ kerana kita sudah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat islam kerana tidak mahu islam miskin dan tidak ada kekuatan.
Advertisement
Read more...

Terkini: Kepala Babi dalam Masjid di Rawang. DAP ambil kisah, PAS buat bodo ?

0 comments

Lagi ada pihak yang mahu bermain api apabila KEPALA BABI dijumpai DALAM MASJID di Rawang.Menurut sumber berita Mkini, nampaknya ADUN dan PEMIMPIN DAP & PKR benar-benar serius mengutuk kejadian ini. Macam tidak percaya Ronnie Liu yang juga Exco Kerajaan Negeri sendiri turun padang !!!
Mana pemimpin PAS ? Mana Khalid ? Kalau gereja kene, dia paling laju bertindak, tapi bila Masjid ada kepala babi, dia paling lembab !!! Haaak Tuihhh !!! Masih tido dan lembab ? Atau PAS dah benar-benar menjadi Parti Adat & Sukan?
Saya secara peribadi kagum dengan YB Gan dan YB Ronnie Liu yang nampaknya prihatin dan sensitif dalam hal ini.
Adakah 'DAP GANTI PAS' jadi kenyataan?
Read more...

DAP ganti PAS ! Khalifah Guan Eng marah Bible dalam Bahasa Melayu ditahan !

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...







Dari Khalifah kini  sudah bertukar baju ke Father Joseph Lim ... Kalau puak2 taksub PAS dok sokong lagi apek rasis DAP  ini memang bodoh tak tau nak cakap la . 

Guan Eng kebanggaan puak2 kopiah putih PAS hari  mendesak kerajaan Pusat supaya melepaskan kitab  Bible  dalam bahasa Malaysia yang ditahan di Port Klang dan Sarawak .



Malah apek bangsat rasis terus menghasut rakyat dengan menggunakan tafsiran sendiri berdasarkan perlembagaan persekutuan .
 
Beliau berkata  rampasan yang dibuat ke atas kitab bible bahsa Melayu ini  menghalang amalan kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan. 

Malah beliau  juga cuba mempengaruhi serta mengukuhkan pandangannya dengan menyatakan bahawa rampasan itu juga turut membelakangkan dasar Kerajaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Ternyata Guan Eng nampaknya  cuba memainkan sentimen agama pulak sekarang ini dan menyerang kerajaan .

PB nak tanya soalan mudah  kepada Apek rasis kuat menipu ini .. Mengapa  baru sekarang hendak gunakan bible dalam bahasa Melayu ?  Adakah depa semua   ini sudah tak faham bahasa Inggeris dalam bible   ? 

Kalau kitab ini dalam Bahasa Melayu, siapa sebenarnya orang yang disasarkan untuk membacanya ?  Adakah orang Melayu ? 

Kepada parti yang yang dikatakan pejuangkan Islam ini , apa pulak pendirian PAS dalam isu ini ?  Adakah PAS mengikut jejak Guan Eng mendesak juga Kitab Bible dalam Bahasa Melayu dilepaskan ? 

Kalau PAS diam ...bermakna DAP sudah ganti PAS !!
Read more...

Isu Bible di Sarawak – Comfirm DAP ganti PAS

0 comments




Siapa masih ingat pilihanraya kecil parlimen Sibu Mac tahun lalu? Pilihanraya pertama buat Pakatan Rakyat menggunakan agama untuk memancing undi rakyat Sarawak. Merekalah (DAP) yang telah mencetuskan kontroversi isu nama Allah sebagai alasan untuk membuatkan rakyat memprotes kerajaan Barisan Nasional.

Ketika itu Pakatan Rakyat telah menggunakan Gereja untuk kempen politik mereka. Malah PAS turut membantu DAP untuk meyakinkan penganut Kristian kononnya berlaku diskriminasi hak beragama oleh kerajaan BN. Ini adalah satu pembohongan yang paling jahat daripada pemimpin beragama Islam Pakatan Rakyat.

Rajahmas harap agar penganut Kristian di Sarawak tidak akan menjadi seperti umat penganut PAS di semenanjung. Disebabkan pemimpin politik merekalah, Islam mengalami perpecahan pada hari ini. Pakatan Rakyat mengapi-apikan kebencian kaum, menimbulkan kebencian agama dan berniat mencetuskan huru-hara bertujuan untuk menunjukkan kerajaan sediakala tidak lagi relevan untuk rakyat.

Dulu Pakatan Rakyat telah mencetuskan isu nama Allah sehingga menimbulkan ketegangan kepada penganut Kristian. Salah faham agama pun berlaku, walaupun hakikatnya umat Islam tidak pernah mencampuri urusan keagamaan orang lain untuk kepentingan sendiri.  Berlainan halnya dengan DAP yang banyak kali mempergunakan ayat-ayat suci Al Quran dalam kempen ceramah politik mereka dengan niat untuk memecah-belahkan umat Islam.


Oleh itu BN harus berwaspada dengan perangkap Pakatan Rakyat. Mereka telah menemui senjata yang paling tajam untuk menghiris perasaan rakyat Sarawak yang mempunyai populasi lebih 60% penganut Kristian.  Kini isu Kitab Bible bahasa melayu pula dicanangkan DAP ke seluruh Sarawak walaupun isu itu telah selesai dengan baik. 

Tanggungjawab BN adalah menjelaskan kepada ketua agama (Father dan Bishop mazhab Katolik, Anglican, SIB, Methodist, SDA dan lain-lain) supaya penganut Kristian tidak terkeliru dengan dakyah pro-pembangkang yang suka mempergunakan rumah ibadat sebagai pentas kempen mereka. 

Jiwa penganut Kristian di Sarawak bukanlah bersifat kepartian seperti PAS. Mereka lebih memahami kerana pegangan agama mereka tidak mengajak untuk bertelagah serta berpecah belah.. Biar rakyat menentukan kerajaan sendiri, tidak perlulah PAS, PKR dan DAP hadir membawa api kebencian dalam rumah ibadat yang bersih daripada budaya politik.
Read more...

Nik Aziz Akur DAP Ganti PAS

0 comments



KETIKA berlangsung muktamar tahunannya baru-baru ini, Pas dengan penuh bersemangat menguar-uarkan kepada ahli dan penyokong parti itu bahawa mereka sudah bersedia menggantikan UMNO.

Pas berhujah UMNO kini semakin lemah dan tidak lagi berupaya membela nasib orang Melayu, oleh itu tanggungjawab berkenaan akan terpikul di bahu Pas.

Itulah impian Pas dan itulah mimpi Pas, tetapi kelmarin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jawapan kepada angan-angan Pas itu.

Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, "apa yang berlaku hari ini bukan Pas Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. Pas takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti Pas.''

Seperti biasa sudah pasti Pas akan menganggap kenyataan Muhyiddin itu menunjukkan UMNO semakin takut dengan kekuatan Pas tetapi Pas tidak boleh menipu sendiri apatah lagi rakyat.

Semua orang tahu apa yang terjadi kepada Pas apabila mereka mengikat perjanjian politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Segala-galanya mereka gadai dan pertaruhkan demi memastikan mereka tidak ditinggalkan oleh kedua-dua parti itu dalam mengejar impian Putrajaya.

Oleh itu apa sahaja yang mereka lakukan, Pas tidak akan melihat ke hadapan, sebaliknya akan menoleh dahulu untuk melihat reaksi DAP dan PKR.

Ia kerana keyakinan diri Pas sudah semakin terhapus, Pas seolah-olah begitu lemah untuk berdiri sendiri dan semakin terpengaruh dengan janji-janji politik PKR dan DAP.

Atas sebab itulah demi kepentingan politik kekuasaan yang diburu, Pas sanggup mengorbankan perjuangan negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.

Pelbagai hujah dikeluarkan oleh parti itu bagi 'menghalalkan' tindakan mereka mengubah hala tuju perjuangan, mereka mendakwa kononnya apa yang dilakukan tidak lari daripada semangat Islam yang diperjuangkan.

Tetapi hakikatnya seperti mana kata Muhyiddin, Pas sudah tidak ada lagi keberanian untuk bersuara lantang memperjuangkan Islam, kesudahannya Pas dilihat hanyalah 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.

Pas perlu menerima hakikat, parti yang paling dominan dalam pakatan pembangkang bukannya mereka sebaliknya DAP, manakala PKR pula tidak peduli apa, matlamat mereka hanya satu untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Justeru Pas tidak boleh mendabik dada apatah lagi menyimpan impian untuk menggantikan UMNO kerana Pas tidak ada keberanian untuk menyanggah DAP.

Sebab itulah DAP begitu berani menyentuh pelbagai isu sensitif melibatkan orang Melayu dan umat Islam kerana mereka tahu Pas tidak akan berani menegur mereka.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor, apabila Pas tidak mampu bertindak apa-apa apabila kerajaan negeri pimpinan PKR dan didokong kuat oleh DAP menghalang hasrat Pas untuk mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai serbaneka.

Pas hanya tunduk dan terpaksa akur dengan kehendak rakan sekutunya itu, malahan Pas juga diam membisu apabila DAP tanpa segan silu menyatakan bahawa apa pun berlaku, mereka mahu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kalau pembangkang memerintah.

DAP membuat kenyataan seumpama itu tanpa mempedulikan hati dan perasaan pemimpin-pemimpin Pas yang sepatutnya perlu diberi keutamaan kerana bukankah dari segala segi, pemimpin Pas lebih layak.

Pas ditubuhkan lebih awal daripada PKR, pemimpin Pas dilihat jauh lebih bermoral berbanding pemimpin PKR tetapi kenapa tidak ada sekelumit pun kenyataan daripada DAP untuk melantik pemimpin Pas sebagai Perdana Menteri?

DAP hakikatnya tidak pernah menghormati Pas sebaliknya hanya mahu menjadikan parti yang dianggotai seratus peratus orang Melayu sebagai 'kuda tunggangan' bagi mencapai cita-cita politiknya.

DAP tahu mereka tidak boleh bergantung kepada PKR kerana parti itu tidak ada kekuatan di kalangan orang Melayu tetapi Pas mempunyai keupayaan untuk 'mencairkan' orang Melayu dengan pendekatan agama yang dibawa.

Pas bukannya tidak sedar tentang niat serong DAP itu, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh Pas kerana Pas hanya mahu kuasa.

Sebab itulah DAP tidak pernah peduli apa pun yang Pas kata kerana mereka tahu Pas 'kemaruk kuasa', kalau Pas mahu menentang DAP maka DAP akan bertindak menyingkirkan mereka daripada pakatan pembangkang.

Pas sudah tentu tidak mahu keadaan itu berlaku, oleh itu apa yang boleh Pas lakukan hanya menurut sahaja.

Kalau benar Pas mahu menafikan kenyataan Muhyiddin atau tafsiran pelbagai pihak bahawa mereka hanya 'pak turut', Pas perlu membuktikan dalam pilihan raya umum akan datang mereka bertanding lebih banyak kerusi daripada DAP dan PKR.

Ia kerana hanya cara itu Pas akan dominan, tetapi kita percaya Pas tidak akan mempunyai keberanian sedemikian, justeru janganlah orang Melayu mengharapkan apa-apa kepada Pas.

Orang Melayu sebenarnya meletakkan masa depan mereka dalam bahaya jika mereka percaya jika kuasa pemerintahan diberikan kepada pakatan pembangkang, Pas akan mampu membela nasib mereka.

Percayalah Pas tidak ada kekuatan apatah lagi keberanian untuk menjadi wira dan pejuang kepada orang Melayu seperti mana apa yang dilakukan oleh UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Ini kerana parti komponen dalam BN mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada UMNO dan yakin bahawa apabila UMNO menjadi tonggak pemerintahan negara, semua kaum mendapat pembelaan, sejarah sudah pun membuktikan fakta ini.

Tetapi ini berbeza jika pakatan pembangkang memerintah, segalanya ditentukan oleh DAP manakala PKR dan Pas hanya mengikut sahaja. Melalui pendekatan pemerintahan seumpama itu mampukah seluruh rakyat mendapat pembelaan sewajarnya manakala nasib dan kepentingan orang Melayu akan terbela dan terpelihara?

Sudah pasti tidak! Atas sebab itulah ahli-ahli UMNO perlu memahami pesanan Muhyiddin bahawa mereka perlu yakin bahawa apa yang diperjuangkan adalah satu jihad untuk agama, bangsa dan negara, jihad untuk keadilan dan jihad untuk mempertahankan hak.

Bagaimanapun jihad tersebut tidak akan mampu dilaksanakan jika ahli-ahli UMNO tidak meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya.

Justeru dengarlah nasihat Muhyiddin, bahawa pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati dan pilihan raya itu bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah parti.

Rakyat terutamanya orang Melayu perlu dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan politik kekuasaan pembangkang dan kononnya Pas mampu menggantikan UMNO.

Sebaliknya mereka perlu diyakinkan hanya UMNO sahaja mampu menjadi tonggak kekuatan politik orang Melayu, hanya UMNO sahaja mempunyai keberanian mempertahankan kepentingan umat Islam di negara ini dan hanya UMNO sahaja yang tidak akan menggadaikan segala-galanya demi meraih kuasa.
Read more...

PAS GANTI UMNO...SEBENARNYA DAP GANTI PAS

0 comments


PETIKAN DARI AKHBAR HARAKAH 20 DISEMBER 1999
Read more...

PKR JAGA ISLAM GANTI PAS - DGP

0 comments
Taraf PAS sekarang dah jatuh terduduk tahap longkang di Selangor. PAS yang dikatakan sebagai pejuang Islam dengan mudah dibuang oleh PKR dan DAP macam getah sekerap. Manakala PKR pula naik taraf untuk menjaga hal-ehwal Islam di Selangor. Ini terjadi apabila Khalid Ibrahim merombak jawatan Exco Negeri Selangor dan Jawatan Exco yang menjaga hal-ehwal agama Islam sudah tidak lagi dipegang oleh PAS, tetapi oleh Khalid Ibrahim!!!

Apa pengalaman Khalid Ibrahim jadi Exco hal-ehwal agama islam? Dia blajar dari Guthrie ke? ADUN Sijangkang, Dr Yunus Ahmad Hairi yang Sultan telah pilih untuk menggantikan Hassan Ali telah diberi tugasan baru oleh Khalid untuk menjaga hal-ehwal Adat Resam Melayu dan exco Belia dan Sukan.

Senang betol PAS diPERBODOHkan oleh PKR dan DAP
Read more...

DGP-Portfolio Agama: PAS Ganti Kopiah Dengan Topi, Jubah Dengan Jersi

0 comments
ingat pas ingat sukan
PERKARA terakhir yang akan terlintas difikiran penulis ialah PAS tidak dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama Islam dimana-mana tempat Pakatan harami ini berkuasa.
PAS sudah lebih 60 tahun mempromosikan parti itu sebagai parti Islam, hudud, negara Islam dan terbaru negara kebajikan – sebab PAS baru sedar ia negara Islam tidak ada dalam Al-Quran, macam mana entah boleh terlepas pandang selama 60 tahun.
Itu satu hal, satu hal yang lain, sudah jadi kebiasaan PAS akan menggelar ahlinya sendiri dengan pelbagai gelaran baik-baik seperti ustaz dan ustazah, manakala yang agak tinggi akan diberi gelaran tok guru dan sebagainya.
Semua itu untuk mempromosikan dan mendoktrinkan PAS sebagai parti Islam yang ‘tersohor’ dalam ini negara.
Tapi semuanya berubah kini bila PAS di Selangor diberi tugas jaga hal sukan dan adat resam Melayu (fungsi mirip perjuangan UMNO yang seringkali dituduh rasis ini).
Soal adat resam melayu ini penulis kurang nak mengulas sebab sudah diulas dengan baik oleh rakan penulis yang lain.  Penekanan penulis hari ini ialah pada portfolio sukan yang sebelum itu dipegang Khalid sendiri sebagai Menteri Besar.
Selangor ini negeri penting untuk dijadikan rujukan tentang bentuk kerajaan pakatan harami ini kalau berjaya memerintah Malaysia kelak sebab hanya Selangor sahaja dimana gabungan 3 parti pembangkang ini benar-benar berpakat.  3 negeri yang lain itu dikuasai secara solid oleh PAS dan DAP, kalau ada pun diselitkan Exco PKR, itu hanya wayang untuk rakyat nilai kononnya depa ini berpakat.
Tidak lebih dari itu.
Jadi bila di Selangor PAS diberikan fungsi jaga sukan, apakah jenis penghinaan yang cuba ditonjolkan itu?  Kita tak pernah kenal PAS kerana kemampuan mengumpulkan orang bertandang ke stadium menonton perlawanan bola, yang kita tahu PAS berkemampuan kumpul orang dengar ceramah politik pakatan dan menyertai demo-demo jalanan sambil memakai kopiah putih.
Itu kelebihan dan kemampuan PAS, tapi kenapa pula di Selangor PAS diperuntukkan untuk jaga hal-hal sukan?  Sukan ini kita tahulah, majoritinya terdedah peha, kalau tidak pangkal peha (renang).  Sesuai ke al Ustaz Yunus ini jaga perkara-perkara sedemikian?  Lihat aurat dalam hal pembedahan lain, ini dalam hal sukan.
Penulis dimaklumkan, ini satu lagi bukti pengaruh DAP di Selangor apabila meniru bulat-bulat konsep sama di Pulau Pinang.  Di Pulau Pinang dimana DAP menguasai, seorang Exco PKR dilantik menjaga portfolio tersebut walaupun PAS punya  wakil tunggal dalam DUN Pulau Pinang – Abdul Salleh Man.
Tapi Pulau Pinang berbeza.  Selain satu-satunya negeri majoriti orang cina, Pulau Pinang juga tidak ada masalah berkaitan gejala murtad yang sikit demi sedikit melanda negara sekarang ini seperti Selangor.  Dibanding dengan Pulau Pinang yang hanya ada wakil tunggal PAS di dalam DUN, Selangor juga punya lebih ramai ADUN dari PAS yang boleh diketengahkan untuk memegang portfolio tersebut.
Dan PAS masih diberi fungsi jaga sukan, tak pelik ke tu?
Sebenarnya inilah nanti fungsi PAS dalam kerajaan Malaysia pimpinan Pakatan Rakyat (mintak jauh) yang akan lebih dikuasai DAP.  Macam mana liberal pun PAS, DAP tahu yang mereka tidak akan bertolak ansur tentang hal ehwal Islam (terutama murtad), kerana selain pegangan, Islam sudah jadi periuk nasik pemimpin PAS untuk kekal relevan dalam politik kepartian negara ini.
DAP pun tahu, walaupun sudah diputuskan dalam muktamar PAS bahawa negara Islam (sebut hudud) digugurkan untuk diganti dengan negara berkebajikan, masih ramai pemimpin PAS yang bercakap mengenainya sehingga kini, seperti Nik Aziz dan Nasrudin Hassan al-Tantawi – petunjuk perubahan dasar hanya retorik politik.
Disebabkan PAS tidak mahu berubah, maka tugas DAP untuk mengubahnya.  Maka itu Dr. Yunus diberi tugas jaga sukan dan Dr. Rani diberi tugas Pengerusi Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (sebut kebajikan).
Pengajaran dalam hal perlantikan Exco baru di Selangor ini ialah, PKR dan PAS sudah dikuasai DAP selain PAS itu sendiri sudah tidak boleh diharap dalam hal menarik undi orang Islam menggunakan modal agama.  Demi itu PAS perlu diubah, DAP tidak mahu PAS terkenal dengan imej Islam, sebaliknya sukan.
Sehinggakan pada satu masa orang akan kata ‘Ingat PAS, ingat Sukan’.
Read more...

Dap Ganti Pas..! Pemimpin Pas Sekarang Dah Kena Demam Kepialu...

0 comments

Pas kini kelihatan gentar dan 'menggigil' untuk memperjuangkan Islam di negara ini selepas menyertai pakatan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, Pas yang dulunya lantang memperjuangkan Islam terpaksa membuat rujukan awal kepada DAP dan PKR terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Menurutnya, Pas kini tidak boleh lagi mengeluarkan sebarang kenyataan secara terus mengenai isu yang melibatkan umat Islam kerana perlu menjaga hati rakan-rakan pakatan pembangkang.

"Pas ternyata lebih mementingkan sokongan daripada DAP dan PKR daripada mempertahankan isu akidah umat Islam yang sering diperkotak-katikkan sejak kebelakangan ini.

"Lihat sahaja bagaimana Pas banyak mengalah dalam isu pembinaan kuil dan penjualan arak di Shah Alam, larangan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang serta berdiam diri dalam isu tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kini mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam baru-baru ini.

Mohd. Jurit berkata, Pas sejak akhir-akhir ini juga lebih suka menimbulkan dan mereka-reka isu yang tidak sepatutnya dibangkitkan.

"Contohnya isu Mismah yang sengaja digembar-gempurkan untuk menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat mengenai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan sistem pilihan raya," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, sudah tiba masanya tugas memperjuangkan kesucian agama ini diambil alih daripada Pas oleh badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam.

Mohd. Jurit turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak pembangkang yang menggunakan masjid dan surau di Selangor dalam menyebarkan dakyah politik mereka.

"Saya ada menerima aduan mengenai tindakan pembangkang yang mengggunakan tempat ibadah suci umat Islam ini untuk menyebarkan dakyah politik mereka tanpa mempedulikan kesucian bulan Ramadan," katanya.

Beliau menambah, tindakan itu amat merugikan kerana ia hanya membawa perpecahan kepada penyatuan umat Islam di negara ini yang kian goyah.
Read more...

DAP Ganti PAS Di Klang…! Pusat Dangdut Yang Baru Kini Dibuka….

0 comments


Menyambut berita “kebebalan” PAS di Kedah yang sanggup menjadi tukang basuh berak Karpal Singh dan Kit Siang, kita juga ada berita menarik untuk disampaikan di Bandar Klang….

Bukan sahaja rumah rumah urut semakin subur di negeri Selangor tetapi di Bandar Bukit Tinggi Klang tiba tiba muncul pula sebuah pusat hiburan DANGDUT baru dibuka!

Blog MIK setuju dengan pembongkaran sahabat Blogger, Akar Umbi yang menyatakan bahawa hiburan jenis Dangdut bukanlah hakmilik kaum cina dan India, ianya amat sinonim dengan orang melayu… Begitulah hebatnya PAS For All yang sudah bertukar wajah dan wadah. Tak sangka pak kopiah PAS pun dah mula mengenali nikmat berDANGDUT…!
Read more...

APAKAH YANG MEMBELENGGU PAS? DAP GANTI PAS?

0 comments


Dahulunya perjuangan PAS lebih berbentuk agama apabila tidak kenal budaya dan agama. Malah, secara berterus terang, pemimpin PAS ketika itu tidak menjalinkan hubungan dengan kafir DAP yang ketika itu menjadi rakan sekutu, iaitu sebagai pembangkang. Apatah lagi memeluk rakan kafir mereka yang disifatkan sebagai penentang agama.

Jika anda masih ingat, bagaimana pada tahun 1969, PAS telah memecat Ahli Parlimennya, Hashim Gera hanya kerana berjoget di Parlimen. Ketika di hadapan Jawatankuasa Disiplin Parti, Hashim Gera memberitahu joget itu adalah tarian bersih.

Menurutnya lagi, "Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari".

Namun, Hashim Gera tetap juga dipecat atas alasan melangkaui agama dan memalukan PAS.

Semenjak PAS bersikap politik melebihi agama, keputusan bersama DAP diambil demi kelangsungan politik PAS apabila munculnya PKR. Umum mengetahui kebanyakan ahli-ahli PKR sekarang merupakan bekas ahli-ahli UMNO yang pembelot. Kononnya, mereka mahu Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan menyifatkan penyingkiran Anwar Ibrahim dari kabinet adalah atas keputusan diktator Tun Dr Mahathir.


Sepanjang PAS bersama PKR, mereka percaya PAS tidak perlu gentar dengan parti itu yang dianggap sebagai Parti Kian Rebah. Malah, semenjak Anwar Ibrahim dibelenggu dengan pelbagai skandal dan masalah moral, PAS melihat kejatuhan PKR tidak lama lagi. Rata-rata ahli-ahli PAS apabila ditanya mengenai kes liwat dan video Anwar Ibrahim menyatakan bahawa mereka percaya 100% namun bersikap berdiam diri disebabkan pengaruh Anwar Ibrahim di kalangan pemimpin DAP.


Demi kelangsungan politiknya, PAS bertukar strategi dengan menjalinkan hubungan rapat dengan DAP berbanding PKR. Kebanyakan pemimpin PAS menganggap DAP adalah parti yang perlu diambil perhatian dan bukannya PKR.


Atas faktor itu, PAS sanggup bersentuhan dan berpeluk cium dengan DAP. Melihat kepada detik itu, ada kebenarannya dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PAS tidak mungkin ganti UMNO kerana sebelum ini menolak perpaduan yang dibawa UMNO sebaliknya DAP yang akan ganti PAS.


Keprihatinan PAS terhadap skandal Mat Sabu sehingga ditangkap berkhalwat dan menuduh sebagai konspirasi politik UMNO dilihat sebagai suatu tindakan yang bersifat membelakangkan agama. Persoalannya, kenapa Mat Sabu tidak dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Parti kerana berkhalwat seperti mana yang dikenakan ke atas Hashim Gera?


Ternyata keprihatinan PAS terhadap Mat Sabu berbaloi apabila kini tertuduh dan yang didakwa berkhalwat itu telah menjadi Timbalan Presiden PAS. Dan, pastinya Mat Sabu akan membersihkan dirinya dengan sebaik mungkin sedikit demi sedikit. Kegirangan Mat Sabu semasa berceramah di Pulau Pinang pada Ogos lepas sehingga memuja Mat Indera dan komunis telah menyebabkan rakyat Malaysia marah.

Demikian juga dengan kes video seks Anwar Ibrahim yang secara meluas berkeliaran di alam maya. Namun, Presiden PAS, Hadi Awang menyifatkan video itu tidak boleh jadi saksi dan bukti di dalam mahkamah. Siapa Hadi Awang yang nak mempersoalkan bahan bukti dan saksi kerana beliau hanya pandai berdolak dalih dan memutar belitkan fakta.


Sebelum ini, gambar bogel pemimpin PKR, Elizabeth Wong tersebar di dalam internet dan orang yang banyak membelanya ialah PAS dan bukannya PKR mahupun DAP. Hujah PAS, berdosa hukumnya apabila mengaibkan peribadi seseorang. Tetapi, bagaimana dengan video seks Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan beraksi ranjang bersama dengan pelacur datangnya dari China?

Apabila semua benda dan perkara yang berlaku dan dilakukan rakan sekutunya itu, PAS segera membela dan menafikannya sedangkan mereka tahu bahawa perkara yang dilakukan itu salah. Namun, apabila perkara yang dibuat pemimpin UMNO, PAS segera melancarkan serangan memfitnah. Sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Mekah bagi menunaikn haji pun dijadikan bahan politik dan difitnah bertalu-talu.


Lihat juga bagaimana dalam kes Gereja Methodist Damansara Utama yang secara terang-terangan cubaan untuk memurtadkan orang Islam di Selangor. Paling lantang yang berkeras dan mengutuk perbuatan itu adalah Dr Hassan Ali. Kelantangan Dr Hassan Ali itu segera dibentes PAS dan menyatakan perkataan yang keluar dari mulut Dr Hassan Ali itu bukan kenyataan rasmi PAS. Akibatnya, Dr Hassan Ali dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Parti.


Demi menjaga hati rakannya DAP, PAS tidak mahu masuk campur dalam kes Gereja Methodist Damansara Utama walaupun secara jelas usaha memurtadkan orang Islam sedang dijalankan. Namun, PAS hanya tutup mata dan sanggup menjual agama Islam demi kepentingan politik PAS.

Jika betul PAS memperjuangkan Islam, kenapa PAS tidak membenarkan ahli-ahlinya menyertai Himpunan Sejuta Umat yang dikelolakan NGO’s Islam? Apakah disebabkan kenyataan DAP bahawa Himpunan Sejuta Umat itu disifatkan sebagai cubaan untuk menjadikan negara Islam dan sama sekali membantah perhimpunan itu. Demi menjaga air muka DAP, PAS terpaksa tunduk dan sujud di kaki Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Kini, DAP sudah tahu kekuatan orang Melayu dan mengekploitasikan mereka untuk kesejahteraan politik DAP. Keputusan DAP untuk meletakkan calon Melayu berkelulusan agama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 mewajarkan keyakinan bahawa DAP mungkin mengambil alih peranan PAS.


Nampaknya, PAS dalam PRU-13 akan datang akan terus bersama DAP bagi memperoleh kepentingan politik. Sikap PAS itu yang dikatakan menumpang populariti DAP yang kini begitu rasis dalam menjayakan konsep Malaysian Malaysia. PKR yang dalam dilema apabila akan mengetahui nasib Ketua Umum mereka dalam perbicaraan kes liwat. Namun, Anwar Ibrahim kini menjadi punca masalah dalam Pakatan Pembangkang dan telah hilang kelayakannya memimpin PAS, DAP dan PKR.
Read more...

PAS Terus Menipu Pengikut Totoknya

0 comments
Print Pdf RSS

 Akhir-akhir ini, PAS giat menjalankan kempen PAS ganti UMNO.

Dalam ceramah-ceramah politik PAS, slogan PAS ganti UMNO tidak pernah tertinggal untuk diucapkan.

Tujuan kempen ini dibuat oleh PAS adalah untuk meraih sokongan pengundi Melayu. Umum mengetahui bahawa PAS pada 2008 bergantung harap kepada pengundi bukan Melayu untuk menang dalam pilihan raya.

PAS berharap, dengan mendapat sokongan pengundi Melayu, mereka akan jadi dominan dalam Pakatan Pembangkang. Namun, rakyat kini bijak menilai setiap janji-janji parti politik. Yang tidak bijak hanyalah pengikut-pengikut totok mereka.


PRU-13: PAS sasar 60 kerusi Parlimen

KUALA TERENGGANU, 1 Sept ? PAS menyasarkan untuk menang 60 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

?Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini di samping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen,? kata beliau (gambar) dipetik Harakahdaily hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Datuk Wan Mutalib, Kompleks PAS Kuala Terengganu.

Pada 2008, PAS bertanding di 66 kerusi dan menang 23 kawasan.

PAS menganggotai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR, dan menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) tiga tahun yang lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Hadi berkata, PAS menyasarkan untuk mengambil 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.

?Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang,? katanya.

Dalam usaha untuk mendapat kerusi itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata PAS memerlukan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras.

?Kalau nak undi Islam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatan dakwah, budi pekerti dan pujukan... saya yakin mereka boleh berubah.

?Perlu ambil masa, sabar... pujuk mereka... perkenal Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kita,? kata beliau.

Jika benar PAS ingin menggantikan UMNO, kenapa mereka hanya menyasarkan 60 kerusi Parlimen sedangkan ada 222 jumlah keseluruhan kerusi Parlimen. Jika dihitung, 60 kerusi hanya 27% dari jumlah keseluruhan. Mampukah dengan hanya 27% PAS boleh menjadi majoriti menggantikan UMNO? Kalau ikut perkiraan politik, PAS bertanding hanya 66 kerusi dan ingin memenangi 60 daripadanya. Ertinya hanya 6 kerusi sahaja yang mereka tandingi tewas kepada UMNO BN.

Pada hemat MyMassa, PAS hanya bermain psikologi dengan menyatakan bahawa mereka akan menang 60 daripada 66 kerusi. Kenyataan tersebut hanya untuk menyedapkan hati pengikut mereka agar terus percaya dan wala' kepada kepimpinan PAS. Kenapa MyMassa kata demikian? Cuba teliti keputusan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU 2008.



Daripada 9 kerusi yang PAS bertanding (Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau), PAS hanya menang 4 sahaja. Keputusan 5 PRK terkini ( Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau) menyaksikan PAS kalah disemua kerusi termasuklah di kubu kuat mereka iaitu negeri Kelantan. Jadi, atas dasar apa mereka menyasarkan 60 kerusi termasuk merampas 25 kerusi daripada UMNO?

Akhir kata, PAS terus menerus menipu pengikut totoknya. Kalau ikut ciri-ciri munafik, pemimpin PAS sememangnya boleh jatuh dalam kategori tersebut. Kepada pimpinan PAS, anda mungkin boleh menipu pengikut anda, tetapi bukannya kepada rakyat yang semakin celik dan lebih mengenali siapa PAS sebenarnya. Adakah ketua kepada DAP dan PKR atau balaci mereka sahaja.

*PAS ganti UMNO atau DAP ganti PAS?
Read more...

PAS akan serahkan 7 kerusi kepada DAP.

0 comments

Amat menarik apabila PAS sudah mula bercerita mengenai kerusi-kerusi yang bakal mereka bertanding di Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Seperti yang kita semua tahu, majoriti mudah di Parlimen Malaysia adalah memerlukan 112 kerusi untuk menubuhkan kerajaan. Dan Barisan Nasional mendominasi kemenangan didalam pilihanraya negara sejak dari dulu lagi.
Tetapi, apabila PAS bercakap mengenai kerusi pilihanraya, harus diingat bahawa pada PRU12 yang lalu, PAS telah bertanding sebanyak 67 kerusi di dalam negara. Dan bagi Pilihanraya ke 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, PAS hanya mahukan 60 kerusi sahaja.
Situasi ini sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan ahli-ahli PAS dan juga penyokong-penyokong mereka. Amat menghairankan jika untuk PRU13, PAS hanya berhasrat untuk bertanding 60 kerusi. Ini merupakan penyusutan 7 kerusi bagi parti melayu kedua terbesar tersebut.
Dan yang menjadi persoalan sekarang ialah.., untuk siapakah PAS memperuntukkan baki 7 kerusi di kawasan yang pernah mereka tandingi tersebut pada PRU yang lalu? Apakah ini ada kena mengena dengan ura-ura bahawa DAP inginkan kerusi Pakatan di kawasan melayu bagi meletakkan calon melayu mereka?
Jika inilah yang terselindung disebalik tujuan PAS mengurangkan kerusi yang mereka tandingi, maknanya PAS sanggup tunduk kepada DAP didalam pembahagian kerusi pilihanraya. Dan ini juga membuktikan bahawa PAS hanya parti kelas ketiga yang tidak punya suara didalam kerjasamanya bersama gabungan parti Pakatan.
Tak salahlah jika rakyat melihat PAS sebagai sebuah parti yang dijadikan kuda tunggangan kepada DAP ketika ini. Semuanya kerana PAS sendiri telah menunjukkan yang mereka sedia memenuhi segala kemahuan DAP biarpun terpaksa mengorbankan hak mereka sendiri.
Rakyat harus ingat, sekiranya PAS memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya pada PRU13 nanti, PAS masih belum ada cukup bilangan untuk menubuhkan kerajaan. Jumlah 60 kerusi itu juga belum lagi cukup 2/3 untuk melakukan pindaan perlembagaan.
Bagaimana PAS mahu merealisasikan perjuangan mereka untuk melaksanakan perjuangan Islam dan mahu memperkenalkan hukum Hudud didalam negara jika PAS tiada kuasa untuk melakukan sebarang pindaan terhadap perlembagaan yang sedia ada?
PAS sepatutnya bertanding di 114 kerusi Parlimen dalam pilihanraya dan tak harus tunduk kepada tekanan DAP atau PKR didalam usaha memperjuangkan ideologi parti mereka. PAS patut tunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan negara Islam dibawah acuan parti tersebut dan itu dapat dilakukan dengan menjadi kuasa nombor satu didalam Pakatan.
Itu baru betul jika PAS benar-benar maksudkan segala ucapan serta janji-janji mereka sebelum ini didalam setiap ceramah-ceramah di seluruh negara. PAS tak seharusnya menjadi lemah dengan tunduk kepada setiap desakan dari DAP. Ini sebenarnya menjadi punca orang-orang melayu semakin menjauhi PAS.
Sekarang ini, rakyat secara jelas melihat strategi PAS hanyalah untuk memindahkan kuasa daripada UMNO/BN kepada DAP/PR. PAS sedikit demi sedikit dianggap sebagai sebuah parti yang bukannya berjuang untuk agama, tetapi lebih cenderung kepada perasaan cemburu serta dendam lama terhadap UMNO.
Di dalam amalan demokrasi yang dipraktikkan di negara ini, jika tiada majoriti bagaimana PAS mahu mengawal kuasa politik? Dan kalau benarlah orang bukan Islam lebih percaya serta yakin kepada PAS lebih dari UMNO seperti kata Nik Aziz, PAS bertandinglah di 114 kerusi dan di kerusi bukan majoriti Melayu terutamanya… Selepas itu baru tahu mereka sokong PAS atau tidak.
Read more...
0 comments
Bukti DAP ganti PAS , Hassan Ali ditendang dari PAS Selangor

Print Pdf RSS



Juak-juak bangsat pencacai PAS selalu laungkan PAS GANTI UMNO  dikalangan orang Melayu , tetapi sebenarnya selepas muktamar ini dapat dilihat pengaruh DAP  semakin hebat pengaruhi kem PAS .

Terbaru ialah penyingkiran Pesuruhjaya PAS Selangor , Dr Hassan Ali  dan digantikan kepada calon yang tidak terkenal  dikalangan ahli PAS iaitu  Abd Rani Osman.

Hal ini kerana sekarang  PAS telah dikuasai oleh puak Erdogan , Anwarinas dan talibarut DAP dan keputusan menendang Dr Hassan Ali sebegitu rupa menunjukkan kuasa mereka semakin kuat dalam PAS .  Sebelum ini kita tahu golongan erdogan ini gagal singkirkan Dr Hassan Ali kerana pro ulama menguasai PAS tetapi kini sudah sebaliknya .

Akhirnya mereka telah berjaya dan memalukan Dr Hassan Ali di Selangor . Hassan Ali kita tahu memang tidak sebulu dengan Khalid Gereja dan Exco Ronnie Liu  , jadi keputusan penyingkiran ini menunjukkan kejayaan  PAS Erdogan yang sentiasa taat mengikuti   arahan tangan ghaib dalam DAP.
Read more...

DAP 'parti paling rasis' mahu negara republik

0 comments
Selepas dua tahun, isu cubaan menjadikan Malaysia negara republik oleh DAP dibangkitkan kembali; kali ini oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sambil menyifatkannya "parti paling rasis", Muhyiddin mendakwa tembelang DAP - dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam - semakin kelihatan.
NONE"Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Apa maknanya ini? Maknanya, sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa," kata timbalan perdana menteri.
Akhbar Umno Utusan Malaysia pada 13 Disember 2009 melalui kolumnis kontroversinya Awang Selamat pernah membayangkan wujud usaha "sistematik menuju ke arah negara republik dengan sasaran utama untuk menulis semula perlembagaan."

Berucap ketika merasmikan persidangan tiga sayap Umno di Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata, dominasi DAP di Selangor dan kemenangan di Pulau Pinang seolah-olah memberi lesen paling besar kepadanya untuk menyerlahkan sikap "cauvinis melampau".
"Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu.
"DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP," katanya.
Aliran Islam pembangkang
Bukan sahaja DAP, Muhyiddin juga mengambil peluang mengkritik dua lagi rakan Pakatan Rakyat PKR dan PAS.
Sambil menyifatkan PKR sebagai parti "ultraliberal" yang tiada asas moral dalam perjuangan, Muhyiddin mendakwa PKR sedang dibelenggu krisis kredibeliti.
NONE"Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan ketua umum mereka," katanya.
Manakala PAS pula dipersoalkan kerana didakwa menganggap sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding prinsip perjuangan sendiri.
"Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS," katanya.
"Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini?"
Tindakan itu, dakwa Muhyiddin lagi bermakna DAP memberi definisi kepada Islam yang dianuti PAS dan menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh pakatan pembangkang.
PAS sebelum ini mengetengahkan idea "PAS ganti Umno" melalui pelbagai seminar dan ceramah di seluruh pelosok negara ini
Read more...

Pas perlu terima hakikat

0 comments


Ahli-ahli UMNO perlu memahami pesanan Muhyiddin Yassin bahawa apa yang diperjuangkan oleh mereka adalah satu jihad untuk agama, bangsa dan negara serta jihad untuk mempertahankan hak.



KETIKA berlangsung muktamar tahunannya baru-baru ini, Pas dengan penuh bersemangat menguar-uarkan kepada ahli dan penyokong parti itu bahawa mereka sudah bersedia menggantikan UMNO.
Pas berhujah UMNO kini semakin lemah dan tidak lagi berupaya membela nasib orang Melayu, oleh itu tanggungjawab berkenaan akan terpikul di bahu Pas.
Itulah impian Pas dan itulah mimpi Pas, tetapi kelmarin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jawapan kepada angan-angan Pas itu.
Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, "apa yang berlaku hari ini bukan Pas Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. Pas takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti Pas.''
Seperti biasa sudah pasti Pas akan menganggap kenyataan Muhyiddin itu menunjukkan UMNO semakin takut dengan kekuatan Pas tetapi Pas tidak boleh menipu sendiri apatah lagi rakyat.
Semua orang tahu apa yang terjadi kepada Pas apabila mereka mengikat perjanjian politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Segala-galanya mereka gadai dan pertaruhkan demi memastikan mereka tidak ditinggalkan oleh kedua-dua parti itu dalam mengejar impian Putrajaya.
Oleh itu apa sahaja yang mereka lakukan, Pas tidak akan melihat ke hadapan, sebaliknya akan menoleh dahulu untuk melihat reaksi DAP dan PKR.
Ia kerana keyakinan diri Pas sudah semakin terhapus, Pas seolah-olah begitu lemah untuk berdiri sendiri dan semakin terpengaruh dengan janji-janji politik PKR dan DAP.
Atas sebab itulah demi kepentingan politik kekuasaan yang diburu, Pas sanggup mengorbankan perjuangan negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.
Pelbagai hujah dikeluarkan oleh parti itu bagi 'menghalalkan' tindakan mereka mengubah hala tuju perjuangan, mereka mendakwa kononnya apa yang dilakukan tidak lari daripada semangat Islam yang diperjuangkan.
Tetapi hakikatnya seperti mana kata Muhyiddin, Pas sudah tidak ada lagi keberanian untuk bersuara lantang memperjuangkan Islam, kesudahannya Pas dilihat hanyalah 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.
Pas perlu menerima hakikat, parti yang paling dominan dalam pakatan pembangkang bukannya mereka sebaliknya DAP, manakala PKR pula tidak peduli apa, matlamat mereka hanya satu untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Justeru Pas tidak boleh mendabik dada apatah lagi menyimpan impian untuk menggantikan UMNO kerana Pas tidak ada keberanian untuk menyanggah DAP.
Sebab itulah DAP begitu berani menyentuh pelbagai isu sensitif melibatkan orang Melayu dan umat Islam kerana mereka tahu Pas tidak akan berani menegur mereka.
Lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor, apabila Pas tidak mampu bertindak apa-apa apabila kerajaan negeri pimpinan PKR dan didokong kuat oleh DAP menghalang hasrat Pas untuk mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai serbaneka.
Pas hanya tunduk dan terpaksa akur dengan kehendak rakan sekutunya itu, malahan Pas juga diam membisu apabila DAP tanpa segan silu menyatakan bahawa apa pun berlaku, mereka mahu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kalau pembangkang memerintah.
DAP membuat kenyataan seumpama itu tanpa mempedulikan hati dan perasaan pemimpin-pemimpin Pas yang sepatutnya perlu diberi keutamaan kerana bukankah dari segala segi, pemimpin Pas lebih layak.
Pas ditubuhkan lebih awal daripada PKR, pemimpin Pas dilihat jauh lebih bermoral berbanding pemimpin PKR tetapi kenapa tidak ada sekelumit pun kenyataan daripada DAP untuk melantik pemimpin Pas sebagai Perdana Menteri?
DAP hakikatnya tidak pernah menghormati Pas sebaliknya hanya mahu menjadikan parti yang dianggotai seratus peratus orang Melayu sebagai 'kuda tunggangan' bagi mencapai cita-cita politiknya.
DAP tahu mereka tidak boleh bergantung kepada PKR kerana parti itu tidak ada kekuatan di kalangan orang Melayu tetapi Pas mempunyai keupayaan untuk 'mencairkan' orang Melayu dengan pendekatan agama yang dibawa.
Pas bukannya tidak sedar tentang niat serong DAP itu, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh Pas kerana Pas hanya mahu kuasa.
Sebab itulah DAP tidak pernah peduli apa pun yang Pas kata kerana mereka tahu Pas 'kemaruk kuasa', kalau Pas mahu menentang DAP maka DAP akan bertindak menyingkirkan mereka daripada pakatan pembangkang.
Pas sudah tentu tidak mahu keadaan itu berlaku, oleh itu apa yang boleh Pas lakukan hanya menurut sahaja.
Kalau benar Pas mahu menafikan kenyataan Muhyiddin atau tafsiran pelbagai pihak bahawa mereka hanya 'pak turut', Pas perlu membuktikan dalam pilihan raya umum akan datang mereka bertanding lebih banyak kerusi daripada DAP dan PKR.
Ia kerana hanya cara itu Pas akan dominan, tetapi kita percaya Pas tidak akan mempunyai keberanian sedemikian, justeru janganlah orang Melayu mengharapkan apa-apa kepada Pas.
Orang Melayu sebenarnya meletakkan masa depan mereka dalam bahaya jika mereka percaya jika kuasa pemerintahan diberikan kepada pakatan pembangkang, Pas akan mampu membela nasib mereka.
Percayalah Pas tidak ada kekuatan apatah lagi keberanian untuk menjadi wira dan pejuang kepada orang Melayu seperti mana apa yang dilakukan oleh UMNO dalam Barisan Nasional (BN).
Ini kerana parti komponen dalam BN mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada UMNO dan yakin bahawa apabila UMNO menjadi tonggak pemerintahan negara, semua kaum mendapat pembelaan, sejarah sudah pun membuktikan fakta ini.
Tetapi ini berbeza jika pakatan pembangkang memerintah, segalanya ditentukan oleh DAP manakala PKR dan Pas hanya mengikut sahaja. Melalui pendekatan pemerintahan seumpama itu mampukah seluruh rakyat mendapat pembelaan sewajarnya manakala nasib dan kepentingan orang Melayu akan terbela dan terpelihara?
Sudah pasti tidak! Atas sebab itulah ahli-ahli UMNO perlu memahami pesanan Muhyiddin bahawa mereka perlu yakin bahawa apa yang diperjuangkan adalah satu jihad untuk agama, bangsa dan negara, jihad untuk keadilan dan jihad untuk mempertahankan hak.
Bagaimanapun jihad tersebut tidak akan mampu dilaksanakan jika ahli-ahli UMNO tidak meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya.
Justeru dengarlah nasihat Muhyiddin, bahawa pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati dan pilihan raya itu bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah parti.
Rakyat terutamanya orang Melayu perlu dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan politik kekuasaan pembangkang dan kononnya Pas mampu menggantikan UMNO.
Sebaliknya mereka perlu diyakinkan hanya UMNO sahaja mampu menjadi tonggak kekuatan politik orang Melayu, hanya UMNO sahaja mempunyai keberanian mempertahankan kepentingan umat Islam di negara ini dan hanya UMNO sahaja yang tidak akan menggadaikan segala-galanya demi meraih kuasa.
Read more...
Friday, 3 February 2012

DAP Ganti Pas Bakal Menjadi Kenyataan

0 comments
 Slogan ?DAP Ganti Pas? dilihat makin terserlah dan tidak mustahil bakal menjadi kenyataan setelah melihat beberapa perkembangan menarik pada waktu ini khususnya tindakan DAP yang cuba menarik kaum Melayu menyertai parti itu selain kerelaan Pas menyerahkan beberapa kerusi DUN dan Parlimen kepada sekutunya itu.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata Pas terkunci di dalam permainan politiknya sendiri dan keadaan itu membuka ruang yang cukup luas kepada DAP untuk menggantikan parti berkenaan.
Menurut beliau tidak ada yang mustahil dalam politik dan berdasarkan perkembangan itu, Pas harus melupakan hasrat mereka yang kini mencanang ke seluruh negara kononnya Pas akan ganti UMNO.
?Apa lagi yang kita boleh perkatakan? Jika perjuangan Pas boleh bertukar daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, DAP pula dengan giat cuba menarik kaum Melayu menyertai parti itu dan Pas pula dengan rela hati menyerahkan beberapa kerusi DUN dan Parlimen kepada sekutu mereka.
?Bukankah itu menunjukkan Pas sudah hilang segala-galanya dan slogan Pas Ganti UMNO kini sudah terbalik kepada DAP ganti Pas. Lagi pun bukankah beberapa pemimpin DAP sudah boleh baca ayat-ayat al-Quran ketika berceramah sebelum ini?, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindak-tanduk DAP sejak kebelakangan ini yang didakwa giat menarik kaum Melayu menyertai parti itu selain kerelaan Pas menyerahkan beberapa kawasan DUN dan Parlimen kepada sekutu mereka itu seperti di Johor.
Megat yang juga Ketua Pemuda UMNO Gombak seterusnya menegaskan DAP sebenarnya tidak mempercayai sekutu mereka sendiri apabila bertindak menarik kaum Melayu untuk menyertai parti berkenaan.
Katanya jika mereka benar-benar ikhlas bersahabat bersama Pas dan PKR kenapakah mereka tidak hanya menyerahkan perkara berkenaan kepada kedua-dua parti berkenaan.
?Apa pun yang jelas DAP tidak lagi mempercayaai Pas selain berkemungkinan mereka mahu menjadi ?abang besar? di dalam pakatan pembangkang. Kepada penyokong totok Pas renung-renungkanlah agar mereka tidak terus tertipu dengan mainan politik sekutu mereka sendiri.
?Biarkan hanya pemimpin mereka yang tertipu dan bukannya mereka yang dilihat begitu gigih dan komited untuk menaikan imej Pas sedangkan parti itu ditipu bulat-bulat oleh sekutu mereka sendiri, ?
Read more...

DAP Ganti PAS …… Confirm.

0 comments

PAS kini tidak lagi fokus memperjuangkan Islam sebaliknya lebih kepada berjuang mempertahankan DAP. Pemikiran orang Melayu dalam parti itu telah jauh berubah berbanding semasa PAS di bawah kepimpinan bekas Yang Dipertuanya Allahyarham Prof Burhanuddin Al Helmi dan bekas Presiden Allahyarham Datuk Asri Muda
Itulah sedikit ulasan yang di beri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau hairan kenapa ketika ini pemimpin dan anggota PAS sanggup bermati-matian mempertahankan DAP walaupun sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyanggah gagasan penubuhan Negara Islam seperti yang dikehendaki parti itu.
"Sampaikan Nik Aziz sekarang bukan main lagi pertahankan DAP, dulu tengok DAP pun tak boleh bila DAP kata langkah mayat kami dulu kalau hendak tubuh negara Islam.Tetapi sekarang ini orang PAS pula kata langkah mayat aku kalau hendak dera Karpal Singh.suasana dah terbalik,"katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras di Kuala Lumpur, semalam.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu hari ini juga dimulakan oleh PAS apabila ulamak yang asalnya dalam UMNO bertindak keluar parti dan menubuhkan PAS setelah tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tempat.
"Puncanya orang UMNO yang pandai bahasa Inggeris diberi tempat, mereka golongan yang pandai bahasa Arab tetapi tidak pandai bahasa Inggeris merasa tidak diberi tempat," katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyelar tindakan Nik Aziz yang gemar memutar belit ayat al-Quran dan berbohong demi untuk mengekalkan kuasa. Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkata dengan memetik ayat al-Quran bahawa tidak salah orang Islam berpecah dua.
Beliau berkata, atas landasan itulah, UMNO dari dulu lagi menyangkal yang PAS memperjuangkan Islam dan keadaan itu makin ketara apabila semakin banyak pembohongan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu
Read more...

PAS Serah Kerusi Kepada DAP

0 comments

PAS telah memberitahu seantero dunia bahawa mereka telah bersedia menggantikan UMNO dalam pilihanraya umum ke 13 kelak. Mereka telah memperkenalkan ‘tag line’  PAS GANTI UMNO. Apabila ada pemimpin UMNO berkata DAP GANTI PAS, maka melompat-lompatlah para pemimpin PAS. Mereka menafikannya dan marah-marah.

Di bawah ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS Johor semalam
JOHOR BAHARU: PAS negeri Johor memutuskan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad berkata, mereka “menyerahkan” lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada PRU 2008 kepada DAP dan PKR.

“Kesemua kerusi Dun dan Parlimen di Johor yang diserahkan PAS kepada DAP dan PKR itu merupakan kawasan campuran berdasarkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan di kawasan terbabit,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Katanya, PAS Johor membuat keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dun pada PRU-13, berbanding sembilan Parlimen dan 33 Dun pada PRU 2008.
Menurut Dzulkefly, pada 2008 PAS Johor bertanding di banyak kawasan kerana menyedari PKR Johor pada ketika itu tidak mempunyai kekuatan dan disebabkan kerana enggan memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN).
Pada PRU 2008, PAS Johor memenangi dua kerusi Dun iaitu di Maharani dan Sungai Abong.
Mengenai peluang PAS Johor pada PRU-13, Dzulkefly meramalkan dengan suasana politik negara pada ketika ini yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat, ia mampu membuat kejutan dengan “memecah kubu BN” di Johor.
“Kita berkeyakinan jika ‘gelanggang pertandingan adalah sama rata,’ Pakatan Rakyat Johor mampu memenangi sekurang-kurangnya 29 kerusi Dun untuk memperolehi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri,” katanya.
Johor yang merupakan kubu kuat BN mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dun.
Kata beliau, senarai calon-calon PAS Johor yang akan bertanding pada PRU-13 telah pun siap, tetapi ia perlu diperakui oleh kepimpinan parti pada peringkat pusat.
sumber:freemalaysiatoday.com
Perhatikan kepada ayat yang dihitamkan. Benarlah apa yang dikatakan selama ini , DAP yang akan ganti PAS. Bukannya PAS yang akan ganti UMNO.
Jika nak ganti UMNO, maka PAS perlu bertanding semua kerusi yang ditandingi UMNO. Sekarang apa yang terjadi sebaliknya. Kerusi yang mereka tandingi pada 2008 pula yang diserahkan kepada DAP.
Read more...

DAP Melayu Ganti PKR

0 comments

Filed Under ( ) by pisau on 27.8.11

Perluasan ideologi sosialis oleh DAP kini terjawap.Sekarang ini DAP sudah menampakkan belang yang sebenar. Apa yang mereka mahu pasti akan dituruti.

Kononnya punyai matlamat yang sama tetapi sekarang secara terang terangan mereka sudah boleh terajang keluar melayu PKR dan khawarij PAS bila bila masa yang mereka mahu.

Cerita dibawah adalah di Pulau Pinang, Buat Khawarij PAS Perak anda percaya Nizar bakal jadi MB sekali lagi?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTCXESj0V7HEfMAV-rJPboYpH4LqjgEkgjGYtCrHaDjgp6uffOUQd35sDObNeLP8zDBvNsO6HSuExw-aXwuvQRjG-9-J-Z2zM4jfWCXis7Fi4wtXHmdXO-a7TionlGuRpucAfpFKVViXEY/s1600/.....do.png

PRU-13: DAP Melayu ganti PKR

PULAU PINANG 26 Ogos - DAP berhasrat menggantikan kerusi-kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang dianggap goyah dengan meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd. Noor berkata, langkah tersebut perlu bagi memastikan kerusi-kerusi yang dikuasai pembangkang terus kekal.
Menurutnya, perkara itu sudah dibayangkan kepada pemimpin atasan pembangkang dan terpulang kepada mereka untuk memutuskannya.
"Banyak kerusi di negeri ini dilihat lemah dan boleh hilang pada pilihan raya akan datang.
"Kalau mahu terus memperkuatkan pembangkang di negeri ini, kita tidak boleh terus bersikap degil sebaliknya meletakkan calon lebih berkaliber di kerusi-kerusi lemah ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Pada pilihan raya umum lalu, PKR meraih sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat Parlimen di negeri ini.
Zulkifli berkata, sebagai contoh, kerusi-kerusi DUN Sungai Pinang dan DUN Tanjung Bungah dianggap lemah dan perlu diambil tindakan oleh pucuk pimpinan pembangkang.
Bagaimanapun, jelasnya, calon-calon Melayu DAP hanya diletakkan di kawasan-kawasan yang dihuni pengundi pelbagai kaum.-Utusan
Read more...

Letak calon Melayu , bukti DAP ganti PAS memang sah !!

0 comments



Pas Selangor menyifatkan cadangan DAP yang berkemungkinan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti sebagai satu langkah yang tidak wajar.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana langkah tersebut masih belum dapat diterima oleh masyarakat selain ia bukan satu jaminan DAP akan memperoleh kemenangan dalam PRU13.

Beliau yang mengakui bahawa cadangan DAP tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun pihaknya beranggapan ia sukar dilaksanakan dan memerlukan masa.

‘‘DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa.

‘‘Namun, kita rasa langkah ini tidak wajar dan kita tidak tunduk kepada tuntutan DAP,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Read more...

Pas takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti.

0 comments
KUALA LUMPUR, 29 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti.
Sebaliknya tegas beliau apa yang berlaku hari ini bukan Pas ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka kerana yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti Pas.
“DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan.
“Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini?”, katanya  semasa merasmikan serentak perhimpunan agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.
Maknanya, tegas beliau DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas.
Kata beliau lagi DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan Pas?
Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, tambah beliau Pas mengemukakan agenda Negara Berkebajikan.
“Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran,  yang ada hanyalah Negara Berkebajikan”, ujarnya.
Jelas beliau lagi malang bagi Pas kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran.
Maknanya, kata beliau selama ini Pas membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka.
“Walau apa pun, kita hendak bertanya kepada Pas. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan.
“Justeru, kita nak katakan kepada Pas, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dahulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan”, katanya.
Sebenarnya tegas beliau Pas bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan kerana mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan.
“Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik Pas untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. Apa yang penting bagi Pas, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP”, ujarnya.
Read more...
 
DAP Ganti PAS © 2012 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

(c) 2012 - DAP Ganti PAS