Akhir-akhir ini, PAS giat menjalankan kempen PAS ganti UMNO. Dalam ceramah-ceramah politik PAS, slogan PAS ganti UMNO tidak pernah tertinggal untuk diucapkan. Tujuan kempen ini dibuat oleh PAS adalah untuk meraih sokongan pengundi Melayu. Umum mengetahui bahawa PAS pada 2008 bergantung harap kepada pengundi bukan Melayu untuk menang dalam pilihan raya. PAS berharap, dengan mendapat sokongan pengundi Melayu, mereka akan jadi dominan dalam Pakatan Pembangkang. Namun, rakyat kini bijak menilai setiap janji-janji parti politik. Yang tidak bijak hanyalah pengikut-pengikut totok mereka.
Jika benar PAS ingin menggantikan UMNO, kenapa mereka hanya menyasarkan 60 kerusi Parlimen sedangkan ada 222 jumlah keseluruhan kerusi Parlimen. Jika dihitung, 60 kerusi hanya 27% dari jumlah keseluruhan. Mampukah dengan hanya 27% PAS boleh menjadi majoriti menggantikan UMNO? Kalau ikut perkiraan politik, PAS bertanding hanya 66 kerusi dan ingin memenangi 60 daripadanya. Ertinya hanya 6 kerusi sahaja yang mereka tandingi tewas kepada UMNO BN. Pada hemat MyMassa, PAS hanya bermain psikologi dengan menyatakan bahawa mereka akan menang 60 daripada 66 kerusi. Kenyataan tersebut hanya untuk menyedapkan hati pengikut mereka agar terus percaya dan wala' kepada kepimpinan PAS. Kenapa MyMassa kata demikian? Cuba teliti keputusan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU 2008. Daripada 9 kerusi yang PAS bertanding (Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau), PAS hanya menang 4 sahaja. Keputusan 5 PRK terkini ( Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau) menyaksikan PAS kalah disemua kerusi termasuklah di kubu kuat mereka iaitu negeri Kelantan. Jadi, atas dasar apa mereka menyasarkan 60 kerusi termasuk merampas 25 kerusi daripada UMNO? Akhir kata, PAS terus menerus menipu pengikut totoknya. Kalau ikut ciri-ciri munafik, pemimpin PAS sememangnya boleh jatuh dalam kategori tersebut. Kepada pimpinan PAS, anda mungkin boleh menipu pengikut anda, tetapi bukannya kepada rakyat yang semakin celik dan lebih mengenali siapa PAS sebenarnya. Adakah ketua kepada DAP dan PKR atau balaci mereka sahaja. *PAS ganti UMNO atau DAP ganti PAS? | |
Saturday, 4 February 2012
PAS Terus Menipu Pengikut Totoknya
Categories :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

