USAHA DAP untuk masuk kampung Melayu sudah lama. Pada era pemerintahan PAS di Terengganu (1999-2004) DAP berjaya menubuhkan cawangan di Setiu dengan nama DAP Cawangan Langkap. Disertai semua Melayu kecuali seorang keturunan Siam. Setelah berlaku pergolakan, cawangan itu dibubarkan dan ditubuh semula DAP Cawangan Sungai Tong sekitar tahun 2008.
DAP Sungai Tong merupakan cawangan pertama 100% melayu dan Pengasasnya ialah Nasir bin Zainal bekerja bank di KL, Ayahnya Zainal adalah orang kuat PAS di Sungai Tong. Pada zaman PAS memerintah Terengganu, Nasir balik ke kampung dan buka cawangan DAP.
Penubuhannya telah dirasmikan oleh penasihat DAP iaitu Lim Kit Siang di Kuala Terengganu pada September tahun 2008, ini adalah usaha yang telah dilakukan oleh Lim Kit Siang supaya menarik pengundi melayu menyokong DAP di Terengganu bermula dari Sungai Tong.
Taktik ini sama dilakukan di Pulau Pinang sedikit demi sedikit melayu di halau tetapi di Terengganu DAP sedikit demi sedikit mencari ahli dari kalangan orang melayu islam supaya menjadi Ahli DAP terutama menarik ahli dari parti sehabat Sejoli PAS.
Dengan adanya penubuhan Parti DAP di Terengganu ini mungkin adalah usaha yang dilakukan oleh DAP bagi melaksanakan agenda mereka DAP GANTI PAS.
Monday, 11 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
