Archive

Test
 
Saturday, 4 February 2012

Isu Bible di Sarawak – Comfirm DAP ganti PAS

0 comments




Siapa masih ingat pilihanraya kecil parlimen Sibu Mac tahun lalu? Pilihanraya pertama buat Pakatan Rakyat menggunakan agama untuk memancing undi rakyat Sarawak. Merekalah (DAP) yang telah mencetuskan kontroversi isu nama Allah sebagai alasan untuk membuatkan rakyat memprotes kerajaan Barisan Nasional.

Ketika itu Pakatan Rakyat telah menggunakan Gereja untuk kempen politik mereka. Malah PAS turut membantu DAP untuk meyakinkan penganut Kristian kononnya berlaku diskriminasi hak beragama oleh kerajaan BN. Ini adalah satu pembohongan yang paling jahat daripada pemimpin beragama Islam Pakatan Rakyat.

Rajahmas harap agar penganut Kristian di Sarawak tidak akan menjadi seperti umat penganut PAS di semenanjung. Disebabkan pemimpin politik merekalah, Islam mengalami perpecahan pada hari ini. Pakatan Rakyat mengapi-apikan kebencian kaum, menimbulkan kebencian agama dan berniat mencetuskan huru-hara bertujuan untuk menunjukkan kerajaan sediakala tidak lagi relevan untuk rakyat.

Dulu Pakatan Rakyat telah mencetuskan isu nama Allah sehingga menimbulkan ketegangan kepada penganut Kristian. Salah faham agama pun berlaku, walaupun hakikatnya umat Islam tidak pernah mencampuri urusan keagamaan orang lain untuk kepentingan sendiri.  Berlainan halnya dengan DAP yang banyak kali mempergunakan ayat-ayat suci Al Quran dalam kempen ceramah politik mereka dengan niat untuk memecah-belahkan umat Islam.


Oleh itu BN harus berwaspada dengan perangkap Pakatan Rakyat. Mereka telah menemui senjata yang paling tajam untuk menghiris perasaan rakyat Sarawak yang mempunyai populasi lebih 60% penganut Kristian.  Kini isu Kitab Bible bahasa melayu pula dicanangkan DAP ke seluruh Sarawak walaupun isu itu telah selesai dengan baik. 

Tanggungjawab BN adalah menjelaskan kepada ketua agama (Father dan Bishop mazhab Katolik, Anglican, SIB, Methodist, SDA dan lain-lain) supaya penganut Kristian tidak terkeliru dengan dakyah pro-pembangkang yang suka mempergunakan rumah ibadat sebagai pentas kempen mereka. 

Jiwa penganut Kristian di Sarawak bukanlah bersifat kepartian seperti PAS. Mereka lebih memahami kerana pegangan agama mereka tidak mengajak untuk bertelagah serta berpecah belah.. Biar rakyat menentukan kerajaan sendiri, tidak perlulah PAS, PKR dan DAP hadir membawa api kebencian dalam rumah ibadat yang bersih daripada budaya politik.

Leave a Reply

 
DAP Ganti PAS © 2012 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

(c) 2012 - DAP Ganti PAS